Tuesday, October 29, 2013

KEJADIAN DI LUAR AKAL FIKIRAN

Banyak persoalan bermain di minda. Serious!

















Thursday, October 24, 2013

[ Terkini ] Kes tembak pegawai bank , perbualan terakhir suami dan mangsa sebelum kejadian !




Suami mangsa di tenangkan oleh keluarganya

Suami kepada pegawai Bank Ambank yang terbunuh akibat di tembak semalam , sempat menelefon mangsa sebelum kejadian , mengikut anak saudaranya , " Pakcik Wan ada menghubungi isterinya sebelum kejadian dia menasihati isteri nya supaya berhati-hati memandu pulang nanti kerana hari hujan "


Katanya lagi , bapa saudranya bimbang kerana makcik nya rabun jadi sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hari hujan , itu lah perbualan terakhir Pakcik Wan dan isteri nya , Pakcik Wan membuat panggilan kedua mungkin untuk pastikan isteri nya sudah pulang dari berkerja namun panggilan tersebut tidak di jawab.


Sehingglah pihak Bank menhubungi Pakcik Wan menyuruh nya ke Bank Sekarang , namun tanpa memberi tahu kejadian tersebut ,sampai di Bank sungguh luluh hati seorang suami melihat isteri yang baru di telefon tadi terbujur kaku dengan kesan darah akibat tembakan di kepala .

Kenangan Allahyarhamah Norazita dan rakan-rakan di Ambank - Al-fatihah

Pakcik Wan dalam keadaan terkejut kehilangan separuh jiwa kerana beliau terlalu menyangai isteri nya , Allahyarhamah meninggalkan dua cahayamata berusia 10 dan 7 tahun, semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat , Salam takziah untuk keluarga nya , Al-fatihah.

Thursday, October 10, 2013

Ayub Abdul Rahman dulu paderi kini Daie


Oleh: SITI AINIZA KAMSARI



PADA 8 Ogos tahun lalu, seluruh umat Islam amat merasai kehilangan ulama besar dan pendakwah terkemuka Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang meninggal dunia dalam usia 87 tahun. Ramai beranggapan tidak akan ada Ahmed Deedat yang kedua selepas kematiannya itu.

Hanya Allahyarham sahaja yang mampu berdialog mengenai soal ajaran Kristian dan kitab Bible bagi tujuan menyerlahkan lagi kebenaran ajaran Islam itu sendiri.

Namun pertemuan penulis dengan seorang lagi pendakwah baru-baru ini tidak syak lagi mampu membuka lembaran baru mengenai 'kemunculan' atau pengganti Ahmed Deedat walaupun mungkin tidak sehebat Allahyarham.

Bahkan lebih menariknya, Ustaz Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.

Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.

Bagaikan jauhari mengenal manikam. Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu.

Namun sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan sehinggakan orang ramai tidak ragu-ragu memanggilnya “Ustaz” mahupun “Tuan Haji Ayub”.

Komitmen beliau yang begitu padu terhadap Islam terutama dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam mendapat penghargaan banyak pihak dan terbaru, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2005.

Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.

“Saya telah mempunyai kehidupan yang begitu sempurna semasa menjadi paderi” katanya ketika ditemui di Yayasan Jenderami, Dengkil, Sepang di Selangor baru-baru ini.

Kesempurnaan yang dinikmati dalam institusi gereja itu membolehkan Anthony mengecap kesenangan dalam hidup.

“Segala-galanya disediakan dan diberi percuma oleh pihak gereja. Daripada orang yang akan membasuhkan tandas kita sehinggalah pemandu dengan kenderaan mewah untuk membawa saya ke mana sahaja.

“Ini tidak termasuk tiket-tiket penerbangan kelas pertama ke hampir seluruh pelusuk dunia. Jadi saya tidak ada masalah sepanjang berkhidmat untuk gereja kerana apa sahaja yang dihajati akan segera dipenuhi,” katanya yang telah menjejaki 22 negara bagi menjayakan misionari Kristiannya.

Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa turut memberikan kepuasan kepada jiwa Anthony ketika itu. Pernah kata Ayub, beliau diminta mengampunkan penghuni kubur atas permintaan keluarga si mati.

Sehinggalah pada suatu hari berdasarkan pembacaan kitab Bible, perasaan beliau yang

setenang air di kali selama ini mula terganggu. “Tanpa seseorang itu dibaptiskan, tidak memungkinkan seseorang itu menghuni syurga!”

“Apabila saya terbaca ayat itu, hati saya begitu terusik. Ini kerana secara tiba-tiba saya terkenangkan jiran-jiran saya di Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

“Mereka merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggakan saya masih ingat walaupun mereka menjalani ibadat puasa Ramadan, kami sekeluarga adalah orang pertama yang akan menerima juadah berbuka puasa mereka.

“Mereka tidak akan berbuka selagi kami tidak menerima juadah tersebut walaupun kami bukannya beragama Islam. Ia memang satu situasi yang mengharukan.

“Begitu juga apabila ada ahli keluarga saya sakit dan memerlukan rawatan segera ke hospital, jiran-jiran Melayu saya inilah yang akan bersusah payah menggunakan kenderaan mereka untuk membawa kami ke hospital dan mereka tidak pernah berkira.

“Saya kira mereka merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa” kata Ayub.

Apabila mengenangkan kebaikan jiran-jirannya itu dan ajaran Kristian, Anthony begitu terusik kerana kebaikan mereka itu akan berakhir dengan masuk ke neraka!

“Saya benar-benar sedih kerana mereka ini tidak pernah dibaptiskan maka tentunya mereka tidak akan layak masuk ke syurga Allah.

“Sehinggakan buat pertama kali saya memperkenalkan sembahyang malam yang sebelum ini tidak ada dalam cara orang Kristian beribadat. Ini kerana saya benar-benar memerlukan jawapan mengenai persoalan ini,” jelasnya.

Oleh kerana memiliki kunci pintu gereja maka pada suatu malam, dihadapan altar beliau sembahyang dan ‘merayu’ kepada tuhan supaya jiran-jirannya itu dikecualikan daripada memasuki neraka.

Namun bagi Anthony sudah sampai tahap dan masa untuknya mengubah akidah umat Islam itu sendiri.

Lantas beliau memohon kebenaran pihak gereja untuk mengkaji dan mendalami al-Quran yang bakal dijadikan senjata untuk melumpuh dan melemahkan umat Islam itu sendiri.

Permintaan Anthony segera dipenuhi malah pada tahun 1973 beliau dihantar ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkan paderi ini mempelajari Islam sebanyak mana yang beliau mahu.

“Pada mulanya untuk selama tiga bulan, tetapi saya lanjutkan sehingga enam bulan kerana telah direncanakan oleh tuhan, saya tidak menemui apa yang dicari kecuali jika terus mencari apa yang ditemui hanyalah keindahan Islam.

“Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.

“Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imraan: 85)

“Jadi, siapa sebenarnya yang akan rugi di hari akhirat kelak?,” katanya.

Menurut Ayub, adalah tidak mudah sebenarnya untuk beliau menerima Islam kerana dirinya sangat berpengetahuan dalam ajaran Injil itu sendiri sehinggakan banyak mengunjungi tempat suci orang Kristian di seluruh dunia. Peluang yang tidak diperolehi oleh penganut lain.

“Ditambah dengan persekitaran hidup dalam biara dan sentiasa dipantau oleh pihak gereja sehinggalah oleh pihak Vatican di Itali,” katanya.

Namun 4 September 1978 mencatatkan tarikh yang bersejarah apabila paderi ini akhirnya dengan seikhlas hati mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu yang tidak disekutukan dengan mana-mana makhluk lain termasuk Nabi Isa a.s.

Beliau diIslamkan di bumi Sarawak sebagai saksi dengan dibantu oleh Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tun Patinggi Abdul Rahman Yaacob.

“Jadi, tahulah anda dari mana saya mendapat nama Abdul Rahman selepas saya memilih Ayub sebagai nama Islam saya,” katanya.

Rupa-rupanya tindakan Ayub memeluk Islam itu bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak namun yang lebih tidak sangka-sangka sehingga membahayakan nyawanya pada masa itu.

“Tidak dapat dilupakan bagaimana takut dan ngerinya saya pada masa itu apabila rumah yang saya diami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu.

“Tidak sangka tindakan saya memeluk Islam tidak disenangi oleh sesetengah pihak,” katanya.

Demi keselamatan dirinya, Ayub terpaksa menyembunyikan diri di Jeddah, Arab Saudi dan di Tanah Haram, Mekkah Al Mukarramah selama tiga tahun.

“Tetapi begitu sekali kekuasaan Allah! Jika tidak kerana persembunyian ini tentulah saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya benar-benar bersyukur kerana diberikan

peluang yang sebegini hebat.

“Bagai tidak percaya, baru sehari dua mengucapkan kalimah syahadah di tanah air tetapi Rumah Allah, Kaabah itu kini berada di hadapan mata dan saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Seumur hidup tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar merasakan diri ini begitu kerdil dan hina berbanding nikmat iman yang diberikan oleh-Nya kepada saya,” katanya.

Selama tiga tahun itu, Ayub mengambil kesempatan mendalami Islam dalam semua aspek terutama al-Quran bagi menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan sebagai seorang yang baru dalam Islam.

Hanya kebelakangan ini sahaja, Ayub memberanikan diri berdakwah secara terbuka termasuk memasuki segenap pelusuk pedalaman Sarawak dan Semenanjung bagi menyebarkan Islam sambil melakukan pelbagai kerja kebajikan.

Namun seperkara yang menarik mengenai Ayub ini apabila setiap hujung minggu, beliau ‘menukar’ statusnya sebagai pemandu pelancong.

“Hujung-hujung minggu saya pasti berada di perkarangan masjid-masjid di sekitar Kuching. Di situ saya berperanan sebagai pemandu pelancong kerana ramai menjadikan Masjid Bahagian Kuching sebagai destinasi kunjungan mereka setiap kali datang ke sini.

“Daripada mereka terjengok-jengok dan tiada sesiapa membantu untuk menjelaskan fungsi dan peranan masjid, adalah lebih baik saya menemui rombongan pelancong yang rata-ratanya warga Barat itu dan mengajak mereka masuk dan melihat sendiri keadaan dan suasana masjid,” katanya yang telah tiga kali mengerjakan haji dan bercadang ke Tanah Suci sekali lagi tahun ini.

Kebanyakan mereka ini, kata Ayub, mempunyai salah tanggapan mengenai Islam dan masjid itu sendiri. Ini termasuklah percaya terdapat patung Nabi Muhammad dalam masjid kerana menganggap baginda merupakan tuhan yang memperkenalkan agama yang mereka panggil sebagai “Muhamaddan”, golongan wanita dinafikan hak mereka untuk beribadat di masjid dan sebagainya.

“Jadi saya ajak mereka masuk dan lihat sendiri akan ‘patung’ tersebut. Ini kerana mereka mungkin menganggap ajaran Islam seperti ajaran Kristian yang terdapat patung Jesus di dalam gereja.

“Tetapi apabila mereka mendapati suasana di dalam masjid tidak seperti yang mereka sangkakan, lalu mereka kehairanan. Di sinilah saya mengambil kesempatan memberi gambaran sebenar mengenai masjid dan terangkan mengapa tidak perlu adanya sebarang patung, apa itu arah kiblat dan sehinggalah mengapa diasingkan jemaah lelaki dan perempuan.

“Apabila tiba waktu sembahyang, saya meminta mereka melihat sendiri bagaimana orang Islam sembahyang dan saya bersedia menjawab apa juga persoalan yang diajukan selepas itu.

“Begitu juga apabila kedengaran seruan azan yang mereka anggap sebagai lagu ibadat paling merdu yang pernah mereka dengar, saya akan jelas makna di sebalik ‘lagu merdu’ itu,” katanya yang menggunakan kelebihan berbahasa Jerman dan Inggeris bagi tujuan ‘dakwah’ itu.

Ketika ditemui penulis, Ayub sedang membantu seorang lagi saudara baru iaitu merupakan pelancong Finland yang menghadapi pelbagai kesukaran di sini.

Lawatannya di kampung-kampung masyarakat Melayu di sekitar Lumut, Setiawan dan Seri Manjung, Perak baru-baru ini menyebabkan lelaki Finland ini begitu tertarik kepada Islam dan terus memeluk agama itu.

“Tindakan itu menyebabkan isterinya di Finland begitu marah dan menganggap apabila suaminya itu memeluk Islam bererti dia akan menjadi pengganas serta menggalas senjata. Lalu keluarga pelancong ini memberi amaran jika dia pulang semula ke negaranya itu, dia akan mati ditembak.

“Jadi siapa sebenarnya yang ganas? Malah mereka menganggap kehadiran Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke negara ini baru-baru ini semata-mata untuk merekrut askar dan tentera di kalangan orang Islam di negara ini untuk tujuan keganasan. Sehingga begitu sekali tanggapan mereka mengenai Islam,” katanya yang sedang membantu mengenai kebajikan pelancong itu di sini.

Berkahwin dengan Baiti Adenan, 59, dan mempunyai dua anak lelaki, Musa, 22, dan Isa, Ayub, 20, meniti kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.

Menariknya, beliau lebih kerap memanggil anak-anak lelakinya itu dengan panggilan ‘Moses’ and ‘Jesus’.

“Pernah ada yang meminta kepastian dari saya, benarkah dengan menggunakan telefon bimbit saya sedang bercakap dengan Nabi Musa dan Nabi Isa?,” katanya sambil tertawa kecil.

Setiap tahun, melalui satu pertandingan, anggota-anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Kuching Sarawak akan merebut piala yang dianggap berprestij di sana, iaitu Lazaramah Viagulam Challenge Throphy. Tetapi apa kaitannya dengan Ayub?

“Piala ini sebenarnya dari saya bagi menggalakkan anak-anak muda supaya menderma darah bagi membantu Tabung Darah Negara dan nama piala itu merupakan sempena kasih sayang saya yang tidak ada tolok bandingnya lagi terhadap ibu saya yang tercinta (Lazaramah, 80).

“Ibu saya itu merupakan manusia kedua terpenting dalam hidup saya selepas Allah dan Rasul-Nya.

“Walaupun dia masih Kristian tetapi tidak ada apa yang boleh menghalang kasih sayang kami,” katanya yang begitu gembira kerana dapat berjumpa bagi meraikan hari lahir ibunya baru-baru ini.

Ayub benar-benar Muslim yang berbeza. Beliau mempunyai senarai kerja kebajikan yang panjang di Kuching. Antaranya Out Reach HIKMAH, Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Sarawak, Jawatankuasa PERYATIM, Sarawak dan Perkim Sarawak.

Maka untuk mengenali beliau lebih dekat lagi, ikutilah kisah hidup Ayub yang akan ditayangkan melalui Program Kembara Iman- Saudara Baru yang akan disiarkan oleh Saluran TV Astro sempena menyambut dan pengisian rancangan untuk Ramadan tahun ini.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz2hN5SbrQj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, October 7, 2013

Kuasa Allah! Manusia Pertama Hidup Tanpa Jantung




Pada bulan Mac tahun lalu , Craig Lewis, 55, dalam keadaan tenat kerana keadaan jantung yang menyebabkan pembentukan protein abnormal , dengan keadaan ini alat perentak jantung tidak boleh membantu menyelamatkan hidupnya.

Craig Lewis ( 55) , adalah orang pertama yang menggunakan pam ‘ aliran berterusan ‘ untuk menggantikan fungsi jantung. Tetapi dua orang doktor dari Texas Heart Institute mencadangkan penyelesaian baru yang revolusioner , yakni memasang peranti yang akan membolehkan darah beredar dalam tubuhnya tanpa denyutan jantung.

Dr Billy Cohn dan Dr Bud Frazier kemudian memasang peranti tersebut setelah mengeluarkan jantung Lewis . Dan dalam masa beberapa hari, pesakit sudah boleh bangun dan bercakap dengan doktor .

Kedua-dua doktor tersebut sebelumnya telah menguji alat ini pada hampir 50 anak lembu . Dimana mereka mengeluarkan hati binatang tersebut , dan pada hari berikutnya lembu – lembu itu berlaku normal seperti makan , tidur, dan bergerak. Namun kali ini, tanpa jantung yang mengepam darah ke tubuh mereka.

“Jika anda mendengar dada ( lembu ) dengan stetoskop, maka anda tidak akan mendengar degupan jantung, ” kata Dr Cohn kepada NPR Jun 2011 lalu.

Di petik dari Dailymail: Amiloidosis ( keadaan dimana badan menghasilkan protein buruk) Lewis semakin parah, dan doktor takut dia akan segera meninggal jika tidak mendapatkan pertolongan yang tepat. Bahkan doktor mengatakan ia hanya mempunyai 12 jam untuk hidup.
Jadi, dengan izin isteri Lewis iaitu Linda, Dr Cohn dan Dr Frazier kemudian memasang alat ini pada Mac 2011.

Peranti tersebut bekerja dengan membekalkan aliran darah secara berterusan melalui tubuh, dengan menggunakan baling – baling.

“Saya mendengar bunyi dengungan yang menakjubkan . Dia tidak punya denyut jantung. ” tutur isterinya yang kehairanan.


sumber: dairishare.blogspot.com

Saturday, October 5, 2013

Mr. Bean Nafi peluk Islam






Kami Media Suara Insan (MSI) akan membawa anda maklumat mengenai penipuan yang dibuat oleh laman web Israellycool mengenai Rowan Atkinson yang memeluk Islam. Ini adalah apa yang mereka katakan bahawa:

Ejen Atkinson menafikan beliau memeluk agama Islam.

My Batsh * t Tuntutan Crazy Of Hari: Rowan Atkinson memeluk agama islam telah menjadikan post yang paling “popular” Israellycool sebelum ini.Menunjukkan peningkatan trafik mereka. Berpuluh-puluh ribu orang Islam telah menyukai laman Facebook kami. Dan walaupun tajuk dan kandungan pasca – di mana saya jelas menunjukkan mengapa berita itu adalah tidak masuk akal – beribu-ribu umat Islam di seluruh dunia telah “share”, retweeted dan dikaitkan dengan berita itu, sebagai bukti bahawa Rowan Atkinson telah memeluk Islam! (di sini adalah salah satu contoh)

Saya rasa mereka akan percaya apa yang mereka mahu percaya.

Sementara itu, pengakuan dari Atkinson sendiri kerana – seperti yang saya telah maklumkan dengan jelas – berita itu adalah palsu.

Persoalannya, kenapa laman anti-Israel memulakan khabar angin itu?

Saya fikir kerana golongan yang kurang arif tentang auto-terjemahan, tetapi video ini menunjukkan seolah-olah menunjukkan dengan jelas: gambar Atkinson menunjukkan jarinya ke atas seperti melakukan syahadah itu. Bagi saya Ia hanya kelihatan seperti Atkinson memberitahu seseorang di luar, atau beberapa perkara yang lain.

Jadi pembaca-pembaca Muslim, bebas untuk percaya atau tidak dan bebas juga menyebarkan post di dalam blog kami. Tetapi jangan kita percaya buat kali yang kedua bahawa Rowan Atkinson memeluk agama Islam.

Saya tahu ramai di antara kalian semua telah berkunjung ke website Israellycool. Anda dialu-alukan untuk melihat sekeliling, dan melibatkan diri dalam beberapa dialog. Mungkin kita boleh membawa bersama-sama keamanan dunia!

P/S: Sebagai pengajaran janganlah kita menyebarkan apa-apa berita sebelum ianya terbukti kesahihannya. Dan sentiasa menilai seseorang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Walau bagaimanapun, semua umat Islam perlu berdoa agar Rowan memeluk Islam. Semoga Allah memberi petunjuk kepada nya untuk memeluk agama Islam.

Friday, October 4, 2013

Buat Duit Dengan Alibaba.com


Buat Duit Dengan Alibaba.com.. Apa kena mengena alibaba dan mop lantai dengan buat duit online? Ni bukan alibaba dengan 40 penyamun... jangan silap baca.. Yang aku nak cerita ni pasal website alibaba.com. Mungkin ramai dah tahu... ada jugak yang tak berapa tau... website ni la salah satu sumber peniaga mencari barang-barang dengan harga murah.. bukan sajer penggiat bisnes online, yang ada kedai pun ramai yang beli dari sini.. tak kan dorang nak cerita.. habis la sumber dorang nanti... heh... Sumber barang-barang yang murah dan berkualiti memang sangat penting dalam bisnes jual menjual...

Alibaba ni diasaskan pada 1999 oleh Jack Ma berasal dari negara China.. dia kata sudah ada 50 juta pengguna seluruh dunia berdaftar di Alibaba... Daripada seluar dalam... sampai la ke lori sampah.. ada dijual di sini... Alibaba ni memang banyak pembekal barang-barang yang berkeliaran dan harga barang-barang yang memang murah... ada juga yang direct dari kilang di China... kalau nak banding harga barang kat Malaysia ni.. macam langit dengan bumi.. puak-puak kapitalis kat Malaysia ni memang pandai amek peluang... untung melampau.. Pastu berpakat plak sesama dia letak harga tinggi... Tak percaya korang tengok contoh kat bawah ni... Harga salah sebuah spin mop di alibaba... USD 6.85 (lebih kurang RM20)

Tengok plak kat bawah ni harga barang yang sama yang dijual secara online kat Malaysia.. Ni salah satu yang aku jumpa kat website popular Malaysia... RM 99.. Satu batang mop bole untung sebanyak RM80... Klau tengok listing kat alibaba tu minimum wajib beli ialah 556 set... Harga 1 set 6.85 USD (lebih kurang RM20).. Tak boleh beli satu jer... Jadi modal yang perlu dikeluarkan agak besar.. tak termasuk pengangkutan ke Malaysia. Cuba kita kira-kira berapa agak2 puak kapitalis tu untung jika dia berjaya menjual semua barang yang diordernya. Buat Duit Dengan Alibaba.com

Secara matematik mudah... kos beli lebih kurang RM11000.... jika abis semua.. dijual pada harga RM100 satu... untung kasar RM55600. Untung bersih dorang ialah RM44500 ... Sekali order jer tur... Macamana jika seminggu dua kali tiga kali order.. Boleh beli Proton Inspira cash... Baru mop jer tu.. Korang boleh research barang-barang lain... Siapa kata susah cari duit... Ulat dalam laptop pun boleh hidup... Kita dapat lihat bagaimana puak-puak kapitalis di Malaysia ini meraih untung berlebihan berlipat ganda... menyedut duit kita... sebagai pengguna.... tu yang gaji asyik tak cukup jer... dan bagaimana juga kita boleh menjadi kaya jika berfikiran seperti puak-puak kapitalis tu...

Dan sedikit peringatan... di Alibaba ramai penipu... dan ramai yang dah tertipu... jadi hati-hati berurus niaga di sana.. jangan main beli jer.. kaji dulu penjual tu macamana... boleh percaya ke tak.... tak pasal-pasal bayar ribu-ribu.. barang tak sampai-sampai... dan tanya betol2 kos-kos lain.. transport, cukai import dan lain-lain... selain Alibaba.. banyak juga sumber yang boleh dipercayai dan menawarkan harga lebih murah.... Rajin-rajinlah mencari...

Buat Duit Dengan Alibaba.com

copyright 2010 - buat duit online
View the original article here

Lelaki Jadi Murtad Selepas Sedar Dari Koma






ALABAMA – Seorang lelaki Islam menjadi murtad selepas sedar dari koma selama sebulan akibat aneurysm otak pada 1992.

Karim Shamsi-Basha yang dilahirkan di Syria dan menulis buku Paul and Me, kemudiannya menukar agama kristian.



Menurut Karim, dia dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dan turut mempunyai rakan-rakan yang beragama kristian.

Malah ketika remaja, dia juga melaksanakan tuntutan agama termasuk bersembahyang lima waktu, sering ke masjid dan berpuasa.

Sebelum mendapat aneurysm otak, Karim tidak pernah berniat untuk menukar agama.

Ketika berusia 18 tahun, dia meninggalkan Syria untuk menuntut di Universiti Tennessee di Amerika Syarikat, berkahwin dan mempunyai anak, sehinggalah dia mengalami aneurysm otak.

Ketika proses pemulihan itu, dia mula membaca Bible dan memeluk kristian pada 1996.

credit : http://paan4u.blogspot.com/

About